Friday, 3 March 2017

PERISTIWA 13 MEI 1969



Image result for logo kementerian pendidikan tinggi




PERISTIWA 13 MEI 1969: 
SEJARAH HITAM NEGARA
         
Sememangnya tidak ramai yang mengetahui tentang peristiwa 13 Mei ini. Tidak ramai juga yang mahu memperkatakan dan menceritakan semula secara meluas . Berkemungkinan jika ada mungkin secara bisik bisik sahaja. Bagi mereka yang pernah merasa peritnya peristiwa ini mungkin hanya dihadapi oleh nenek moyang kita . Bagi golongan muda pula masih terkinja-kinja dalam mendalami dan mempelajari sejarah hitam ini . Lebih malang lagi,  jika golongan muda tidak mengambil tahu tentang perkara ini dan memandang enteng tentang peristiwa keperitan yang telah dihadapi negara kita . Pengajaran daripada peristiwa ini seharusnya diambil bagi memastikan negara kita terus maju tanpa adanya pertelingkahan antara kaum dengan sentiasa mengamalkan sifat-sifat nilai murni.


APA YANG DIKATAKAN DENGAN PERISTIWA 13 MEI 1969?

Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 diantara kaum melayu dan cina yang merupakan tragedi yang telah menimbulkan satu titik hitam dalam sejarah negara yang merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya 1969. 


TRAGEDI PERISTIWA 13 MEI 1969


 Pilihan Raya ketika ini dimenangi Parti Pembangkang iaitu Parti Tindakan rakyat (DAP)  dan gerakan. Walaipun parti pembangkang masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding pilihan raya sebelumnya .
Pada waktu subuh, sebanyak 60 penyokong Gerakan “keluar dari kampung dan balik ke hutan” Pada jam 7:30 malam pula, perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO setelah mendapat kebenaran polis. Semua orang melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor  di kampug Baru. Rusuhan ini telah merebak ke  Cheras , Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. Pada pukul lebih kurang 6.00 petang sebanyak 500 orang telah berhimpun di rumah Datuk Harun Haris dengan sesetengahnya berkeris. “Tidak boleh tahan lagi Tok” “Tidak boleh tahan lagi tok” kata mereka kepada Dato Harun Idris  semasa di atas bas. Hampir 300 orang melayu keluar menuju ke jalan tar manakal yang lain ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan .Kemudiannya, berlakulah pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu. Sekumpulan Cina mengepung dan menyerang orang melayu di Faderal dan Capitol. Polis dan tentera pula mengawal keadaan dan seterusnya mengistharkan perintah berkurung.  Keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan oleh pihak tentera. Operasi semasa 13 Mei 1969 telah diberi gelaran Ops Gerhana .

UMNO mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei . ini kerana emosi yang tinggi dan tiada kawalan antara dua pihak.  Perarakan ini adalah secara tidak dirancang dan orang melayu pula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor . Datuk Harun Idris cuba mententeramkan keadaan kerana pada waktu ini masing masing membawa senjata dan parang panjang. Ceritatentang kebiadapan ahli Pari Gerakan meluap-luap


Banyak kenderaan ditepi jalan telah diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui nasib orang yang di dalamnya. Mayat-mayat telah meraya serta banyak kedai dan rumah dibakar. Jumlah rasmi telah menunjukkan bahawa sebanyak 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Kenderaan pula telah musnah sebanyak 211. Tetapi ramai juga yang menganggar bahawa ramai telah terbunuh. Seuah kajian telah dijalankan  bahawa jumlah kematian secara tidak rasmi  adalah sebanyak 86 orang melayu, 342 orang cina dan lain lain sebanyak 3 orang. Namun statistic ini masih belum tepat kerana mata mata ramai menjadi saksi bahawa rmai lagi mayat yang bergelimpangan tidak sempurna di balai polis Jalan Travers.



Image result for peristiwa 13 mei 1969 pdf


Pada 14 Mei 1969 Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengishtiharkan darurat.
Ketika 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman baru sahaja plang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. Pada jam 6:45 petang, Encik Mansoryang merupakan Ketua Polis TrafikKuala Lumpur memaklumkan berita ini. Khabar mengatakan bahawa Tunku sedang menikmati hidangan arak dan Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa ini di televisyen,Tunku berkata “Mari kita tentukan siapa yang akan hidup dan siapa yang akan mati”

Negara telah diisytiharkan darurat pada malam 16 mei di seluruh negara. Peristiwa hitam ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang melayu dan ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan. Selain itu juga, Tun Dr Mahathir memburuk burukkan Tunku Abdul Rahman  sebagai kerabat diraja Kedah yang kaki joli.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jaln penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Langkah Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia langsung tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 ini merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana kemiskinan yang dialaminya.
Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak . pemimpin negara pula telah kembali sedar dan meniliti isu perpadun dengan lebih serius kerana keganasan srius yang berlaku sungguh mengerikan.

 Image result for peristiwa 13 mei 1969 pdf
KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya dalam bidang poilitik, ekonomi dan sosial.

Kesan politik mengakibatkan sistem masyarakat negara yang asalnya sangat taat dan hidup bawah pemerintahn raja dan sultan mengalami perubahan yang drastik. Kuasaan raja dan sultan Melayu telah dihadkan. Penjajh inggeris menerapak sistem residen di negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sitem yang berbeza antrara negeri  menyebabkan semua negeri sukar untuk bersatu.

Kesan penjajhan inggerus di tanah melayu  juga mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional. Sistem yang berasaskan sara diri, pertanian , penangkapan ikan, penternakan ladang  berubah kerana penjajah Inggeris menjalankan Dasar ekonomi yang semata- mata.

Kesan ekonomi pula ialah, britisah mengasingkan kaum-kaum utama di tanah melayu iaitu orang-orang Cina, India dan tanah melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing.  Perbezaan dari sektor ekonomi, mengakibatkan orang melayu kekal sebagai petani dan nelayan. Orang Cina digalakkan bergiat dalam sektot perlombongan dan orang India pula dikekalkan di estet-estet.

Melalui sosial pula, pengasingan sistem pendidikan menimbulkan sistem perpaduan antara kaum. Bagi pelajar melayu, hanya dua sekolah dibenarkan iaitu sekolah vernikular melayu ataupun beraliran Inggeris yang hanya untuk anak-anak bangsawan. Pendidikan pelajar melayu hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana tidak digalakkn menjadi terlalu pandai.  Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet. Walaupun guru yang mengajar dibawa dari India, nsmun mutu pengajaran mereka sangat rendah. Orang  cina pula, mempunyai sistem pendidikan sendiri  yang terkenal dengan sistem mementingkan pendidikan anak-anak mereka. British tidak mencadangkan menyatukan semua kaum dalam suatu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat pepaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalngan rakyat.



 Image result for peristiwa 13 mei 1969 pdf


Image result for peristiwa 13 mei 1969 pdf




PENGAJARAN

Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina yang tercetus pada 13 mei 1969 meruppakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendung lagi. Peristiwa hitam ini tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Persaingan dan konflik antara etnik yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa. Keupayaan Malaysia dalam mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara terus membangun dengan pesat dalam menuju wawasan 2020.




PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Norhayati, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.



NAMA AHLI KUMPULAN :


1.     Nurul Nazreena Binti Bibet
      19DAT16F2013


2.     Norazrena Binti Mohd Khalid
19DAT16F2008


3.     Wan Aliahtul Khairiah Binti Wan Ahmad Ghazali
19DAT16F2034


4.     Nur Ainan Humaira Binti Akhbar
19DAT16F2035

Kelas: DAT1AkKos:  AKAUNTANSI
Nama Pensyarah: PN.ZUHARYATI BINTI YUSOF
Jabatan: PERDAGANGAN



No comments:

Post a Comment